Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rompakan kapal diesel, APMM tubuh pasukan siasatan khas

27 JUN: Susulan daripada kejadian rompakan minyak diesel oleh lanun ke atas sebuah kapal tangki milik syarikat Thailand di perairan 25 batu nautika Timur Kuantan pada Jumaat lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menubuhkan sebuah pasukan khas.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Indera Zulkifili Abu Bakar dalam satu kenyataannya hari ini berkata ianya bagi membuat siasatan awal dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan kes berkenaan.

Foto hiasan sebuah kapal sedang berlayar untuk ke pelabuhan.

“Pihak kami juga sudah berhubung dengan Pusat Penyelarasan dan Penguatkuasaan Thailand bagi menyusun siasatan.

“Selain itu, memandangkan ini membabitkan jenayah rentas sempadan, kami juga bekerjasama dengan penguat kuasa dari negara jiran yang lain seperti Angkatan Laut Armada Barat Indonesia dan Singapore Police Coast Guard (SPCG),” katanya.

Pada 23 Jun, Kapal CP14 yang membawa muatan diesel dalam pelayaran ke Songkla dari Singapura disamun oleh sekumpulan lanun.

Ketua Tentera Laut Thailand Bahagian ke-2 Laksamana Pornchai Pinthong dilaporkan berkata sekumpulan enam atau tujuh lanun itu berjaya mencuri 1.5 juta liter minyak diesel daripada 3.8 juta liter muatan keseluruhan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 June 2017 10:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: