Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ronaldinho berminat bemain di Liga M

7 APRIL: Bekas bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho berhasrat untuk bermain dalam Liga Malaysia (Liga M), tanpa mengenakan sebarang bayaran.

“Ini bukan suatu gurauan, saya memang berminat untuk bermain di negara ini.

“Semua orang di sini meminati bola sepak dan saya yakin mereka akan layan saya dengan cukup baik.

“Mungkin saya akan bermain di sini secara percuma,” katanya selepas pelancaran Jelajah Trofi Kejohanan UEFA di pusat beli-belah di ibu kota hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, pemain berusia 37 tahun itu yakin negaranya mempunyai peluang untuk menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia Jun ini.

“Saya rasa peluang kami besar.

“Kami mempunyai pasukan yang sangat kuat dan jurulatih yang hebat,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2018 10:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: