Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rondaan Laut Sulu bersama Malaysia, Filipina, Indonesia

3 JUN: Kerajaan Malaysia, Filipina dan Indonesia akan melancarkan kawalan serta rondaan bersama di perairan Mindanao bermula bulan ini bagi mengekang kegiatan militan Daesh.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rondaan itu akan dilancarkan pada 19 Jun ini dan akan disusuli dengan rondaan udara.

Foto fail, rondaan laut oleh Malaysia di Laut Sulu.

“Jika bercakap tentang Selat Sulu, ia membabitkan Malaysia, Indonesia dan Filipina,” kata Hishammuddin ketika berucap di hadapan delegasi sidang kemuncak keselamatan yang berlangsung di Singapura, hari ini.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sebelum ini mengisyhtiharkan pemerintahan tentera di Mindanao berikutan pertempuran tentera kerajaan dengan militan Daesh di Marawi.

Hishammuddin berkata sebelum ini, kerajaan Malaysia, Indonesia dan Singapura berjaya melumpuhkan kegiatan lanun di Selat Melaka dengan menggunakan kaedah yang sama.

Beliau yang berucap pada persidangan itu memberi amaran tentang ancaman militan dari Asia Tenggara yang pulang daripada pertempuran di Iraq dan Syria berikutan kekalahan di dua medan berkenaan.

Tegas beliau, ancaman kini adalah nyata dan dalam bentuk pelbagai dimensi termasuk individu yang bertindak sendirian kerana terpengaruh dengan fahaman keganasan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 June 2017 3:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: