Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

RoS sahkan serah surat kepada DAP

17 JULAI: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengesahkan telah menghantar surat kepada DAP untuk meminta mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, surat tersebut telah dihantar hari ini kepada DAP.

“RoS telah menghantar surat tersebut pagi ini kepada pihak DAP dan sebarang maklumat lanjut perlu dirujuk semula kepada parti tersebut,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menerusi Twitternya bahawa DAP telah menerima surat tersebut daripada RoS hari ini.

Baru-baru ini, RoS telah mengeluarkan arahan sedemikian kerana jabatan itu berpendirian bahawa DAP perlu mengadakan pemilihan CEC yang baharu secara telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama parti mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP.

Share This:




Berita Bertarikh pada 17 July 2017 11:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]