Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rosakkan imej parti, ADUN DAP Kepayan digantung

30 MEI: DAP menggantung tugas rasmi seorang pemimpin Sabah dan wakil rakyatnya, Dr Edwin Bosi, ekoran tindakannya merosakkan imej parti.

Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin bagaimanapun berkata, penggantungan Edwin selama tiga bulan yang berkuatkuasa semalam itu tidak menjejaskan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi DAP Sabah dan ADUN Kepayan.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Tai Sin Piau berkata tindakan ke atas Edwin diambil ekoran terdapat bukti bahawa pemimpin itu berulang kali mengugut untuk melompat parti atau menjadi calon Bebas jika tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum.

Edwin juga didakwa berulang kali menyebut hilang kepercayaan kepada Pengerusi PKR negeri, Stephen Wong dan menuduhnya menunjukkan kepimpinan yang lemah.

Bagaimanapun, beliau mempunyai 14 hari untuk merayu terhadap penggantungan tersebut.

Sebelum ini, Edwin diura-ura berminat menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) yang diketuai ADUN Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Bumburing, bagaimanapun beliau menafikan khabar tersebut.

Untuk rekod, Edwin memenangi kerusi Kepayan pada PRU 2013 dengan majoriti 7,000 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 May 2017 4:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: