Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rumah Shafie Apdal diserbu

21 OKT: Kediaman Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal hari ini diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguamnya, Norazmi Minhat dilaporkan mengesah, bagaimanapun SPRM belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO dibawa keluar dari Hospital Queen Elizabeth II pada jam 3 petang tadi dan menuju ke kediamannya di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu.

Laporan The Malaysian Insight menyebut bahawa Ahli Parlimen Semporna itu, kemudiannya dibawa ke ibu pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk disoal siasat.

Shafie kini direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung projek pembangunan RM1.5 bilion semasa beliau menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 October 2017 6:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: