Kategori Berita Utama

Rundingan kerjasama BN dengan pihak lain dibuat secara konsensus

14 MEI: Sebarang rundingan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak akan diputuskan oleh secara ‘en bloc’ atau konsensus oleh Barisan Nasional (BN).

Perkara itu ditegaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memangku tugas Pengerusi BN dan Presiden UMNO bahawa ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan parti itu jika mampu dibentuk sebagai sebuah kerajaan negeri ataupun sebaliknya.

“Dalam majlis Mesyuarat Tertinggi mandat diberi kepada saya jika ada sebarang rundingan bagi pihak UMNO dan BN ia hendaklah dibuat secara ‘en bloc’.

“Kita akan gunakan kekuatan untuk buat pembentukan dalam sebarang bentuk sana ada kerajaan atau sebagai pembangkang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin.

Turut hadir adalah Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memangku tugas-tugas Timbalan Presiden, Setiausaha Agung UMNO dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Zahid dalam masa yang sama turut menjelaskan beliau diberi mandat oleh pimpinan parti untuk meneliti beberapa tindakan yang boleh diambil bagi mengorak masa hadapan supaya BN terus bangkit dalam kedudukan sebagai pembangkang.

Katanya, walaupun Pakatan Harapan sudah menjadi kerajaan Persekutuan tapi sebagai parti yang mempunyai ahli parlimen yang teramai, BN harus diperkukuhkan.

“Dan kita tahu masalah sedang dihadapi PH di sana dan kita merasakan bahawa kekuatan UMNO dan BN harus digarap bagi menentukan sebarang bentuk kolaborasi dan rundingan yang akan menentukan kepentingan parti terus dijaga,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Pada PRU14 yang berakhir 9 Mei lalu, BN diumumkan memenangi 79 kerusi parlimen dan 55 diwakili UMNO.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 May 2018 5:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: