Kategori Berita Antarabangsa

Russia dijangka usir diplomat Britain

16 MAC: Moscow akan mengusir diplomat Britain sebagai tindak balas terhadap tindakan London menghalau 23 pegawai Russia di negara itu susulan kes racun ejen risikan Sergei Skripal, kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.

“Sudah pasti kita akan melakukannya,” kata Lavrov kepada pemberita ketika ditanya sama ada Moscow akan bertindak balas terhadap pengusiran diplomat Russia yang diumumkan Perdana Menteri British, Theresa May.

Lavrov berkata demikian ketika di ibu negara Kazakhstan, Astana untuk rundingan Syria bersama Menteri Luar Iran dan Turki.

Khamis lalu, Menteri Luar Russia itu berkata, Moscow akan bertindak balas dengan mengusir diplomat British ‘tidak lama lagi’.

Katanya, Russia tidak motif untuk menyasarkan Skripal, namun mencadangkan ada pihak lain menggunakan racun itu untuk menimbulkan masalah penganjuran Piala Dunia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 March 2018 11:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: