Kategori Berita Utama

Sabah diceroboh lagi, 2 orang diculik

3 APR: Sabah di ceroboh lagi dan kali ini 2 orang, iaitu seorang pelancong warga China berusia 29 tahun dan seorang pekerja resort Singamata Reef berasal dari Filipina diculik di Pulau Singgahmata, dekat Semporna.

Wanita dari Shanghai yang dikenal pasti sebagai Gao Hua Yun dan pekerja resort warga Filipina berusia 40 tahun itu telah diculik oleh sekumpulan enam lelaki bersenjata yang tidak dikenali kira-kira pukul 10.30 malam Rabu dari resort Singamata Reef di Semporna.

Satelit Image n map Singamata Reef ResortPerkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek dan pasukan keselamatan Malaysia telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya di sepanjang sempadan laut, selatan Filipina.

Polis Sabah bagaimanapun belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.

Difahamkan pelancong berkenaan sedang mandi di dalam biliknya di resort berkenaan apabila kumpulan lelaki bersenjata itu memaksanya keluar dan menaiki bot mereka.

Manakala lokasi pekerja resort berkenaan berada ketika diculik belum dapat dipastikan.

West China DailyKetika kejadian ada seramai kira-kira 61 pelancong dari China di resort itu dengan seorang daripadannya merupakan seorang wartawan dari China – semuanya berada dalam bilik masing-masing.

Mereka hanya mengetahui mengenai penculikan itu apabila pihak pengurusan resort mengarahkan semua tetamu keluar dari bilik masing-masing apabila polis tiba beberapa minit selepas lelaki bersenjata terbabit melarikan diri dengan tawanan mereka.

Berita dan gambar penculikan di resort berkenaan pantas tersebar dalam media China serta juga di laman-laman web setrta portal berita internet.

Menurut laporan West China Metropolis Daily yang memetik pengurus resort yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.-bnbbc.my

Singamata Reef abduction

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 April 2014 11:10 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: