Kategori Berita Utama

Sabah tak tumbang sekalipun PH-Warisan bergabung

31 JAN: Meskipun bergabung dengan WARISAN, Pakatan Harapan masih lagi tidak boleh menang di Sabah.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata mereka pada hakikatnya tidak mempunyai kekuatan langsung di negeri itu malah tidak diyakini rakyat Sabah kerana melakukan kerja secara bermusim sahaja.

“Sabah ni memang banyak kerusi tapi mereka memang langsung tak boleh menang di sana. Sebab kita di bawah pentadbiran Tan Sri Musa Aman sangat selesa dengan kemudahan yang disediakan, mereka takkan menang. Mereka pula semuanyai partu-parti berlainan.

“WARISAN diketuai Datuk Seri Shafie Apdal pun tidak mempunyai kekuatan. Mereka hanya jual lambang sahaja,” katanya pada BNBBC. My portal.

Wakil rakyat UMNO itu (foto) berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengakui kesukaran PH untuk menawan Sabah.

Pengerusi PPBM itu yang mengetuai gabungan pembangkang berpangkalan di Semenanjung berkata kesukaran akan dihadapi jika wujud pertindihan kerusi diantara PH diketuainya dan WARISAN.

Sehubungan itu, katanya, usaha sedang dilakukan bagi memastikan situasi seperti itu tidak berlaku.

“Jangan mereka berangan, BN yang hanya menggunakan lambang dacing itu akan menyapu semua kerusi sekurang-kurangnya 90 peratus,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 January 2018 11:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: