Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sabar dalam hadapi dugaan – PM

21 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesa umat Islam di negara ini supaya terus mengamalkan sifat sabar dalam mengharungi sebarang dugaan ketika Ramadan hampir ke penghujungnya.

Beliau berkata, dugaan adalah satu ujian untuk menilai sejauh mana kesabaran dan keimanan dalam mendidik sifat sabar dalam hati seseorang individu.

“Menahan lapar dan dahaga sebagaimana yang dirasai golongan yang kurang bernasib baik memerlukan nilai kesabaran yang tinggi, begitu juga dalam melakukan ibadah sunat sepanjang bulan Ramadan.

“Bayangkan betapa mulianya sifat sabar ini apabila ada 43 ayat yang menjelaskan mengenai kesabaran dalam al-Quran,” katanya diblognya hari ini.

Beliau juga berkata sabar juga adalah satu sifat yang disukai oleh Allah SWT.

“Justeru itu, saya harap sama-samalah kita mengambil inspirasi akan kesabaran Rasulullah SAW dalam menghadapi dugaan kerana Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada mereka yang bersabar,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 June 2017 11:57 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: