Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sabotaj pembangkang gagal, pertemuan Najib-Trump berjaya

14 SEPT: Pertemuan bersejarah antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trumph melenyapkan sama sekali fitnah yang dibuat oleh pembangkang selama ini.

Pada masa sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata pembangkang juga berasa kecewa kerana Najib tidak ditahan oleh pihak berkuasa AS.

Malah, menurutnya lagi, ketika perjumpaan belum berlangsung, mereka sudah meracau sambil mengimpikan perjumpaan bersejarah kedua pemimpin itu di White House tidak berlaku.

“Daripada pemimpin atasan hinggalah ke raja pembohong seperti Rafizi, mereka cuba mencerca perjumpaan tersebut.

“Sebenarnya, pembangkang mahu mensabotaj supaya pertemuan itu gagal berlangsung,” tegas Puad dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Tambah beliau, pembangkang juga bimbang bahawa isu 1MDB semakin tidak relevan untuk digunakan sebagai modal untuk memfitnah perdana menteri dan kerajaan Persekutuan.

“Semalam, Najib dalam ucapan di majlis makan malam bersama ahli perniagaan Amerika sudah menjelaskan bahawa isu 1MDB dipolitikkan pihak tertentu,” kata Puad lagi.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 September 2017 4:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]