Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sabtu depan hari tengok bulan Syawal

17 JUN: Penentuan tarikh hari raya Aidilfitri akan ditetapakan pada Sabtu depan berdasarkan 29 lokasi melihat anak bulan Syawal di seluruh negara.

Menurut kenyataan oleh  Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, tarikh melihat anak bulan Syawal adalah 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah.

“Majlis Raja-Raja juga mempersetujui cara menetapkan tarikh adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen,” kata kenyataan itu lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 June 2017 6:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: