Kategori Berita Utama

SAH mesyuarat MPP sebulat suara minta Khalid letak jawatan MB

6 FEB: Memang sah pimpinan tertinggi PKR berbohong dalam isu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) baru-baru ini memutuskan secara sebulat suara supaya Tan Sri Khalid Ibrahim langor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail  menafikan mesyuarat MPP tersebut membuat keputusan memecat Abdul Khalid dan desakkan itu kononnya hanya dibuat oleh beberapa orang anggota sahaja.

abdullahsanilangat

Abdullah Sani…mesyuarat MPP dah setuju

Bagaimanapun, ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut mengesahkan kepada bnbbc.my, keputusan tersebut sudah diambil dalam mesyuarat berkenaan.

“Dia sepatutnya meletakkan jawatan kerana telah melakukan pelbagai kesilapan yang tidak sepatutnya. Saya sendiri bersetuju perlu adanya pertukaran segera, jangan berlengah lagi.

“Dalam mesyuarat MPP dah bersetuju sebulat suara tanpa bantahan,” tegas ketika ditemui di Shah Alam, Rabu.

Abdullah Sani adalah antara yang vokal mengkritik corak pentadbiran Khalid malah dalam isu pemecatan 20 orang pegawai dan kakitangan PKNS Holdings, beliau menyifatkan tindakan Khalid seperti kunta kinte.

Beliau menyelar tindakan beberapa pemimpin PKR yang menafikan terdapat perbincangan dan persetujuan untuk mendesak Abdul Khalid letak jawatan dengan segera apabila perkara itu mencetuskan kontroversi ketika Azmin Ali digugurkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS .

saifuddinpkr

Saifuddin…dakwa hanya beberapa orang sahaja ahli MPP desak Khalid letak jawatan

“Kalau tidak ada perbincangan itu mengarut. Mungkin yang menafikan itu dia tidur dalam mesyuarat. Saya hendak tegaskan secara konsensus bersetuju bahawa beliau (Abdul Khalid) wajib letak jawatan.

“Isunya dia kena letak jawatan kerana jelas makin parah makin teruk. Saya tidak boleh terima perkara yang keterlaluan ini. Terpulang kepada Pusat siapa pengganti, yang penting tukar je sebab dia dah mengarut,” tegas beliau.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut siapa calon yang diputuskan oleh PKR untuk menggantikan Abdul Khalid, beliau enggan menamakan individu tersebut dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan PKR pusat.

Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat PKR baru-baru ini,  mengesahkan memang wujud desakan daripada anggota MPP parti itu untuk menggugurkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, Saifudin menafikan mesyuarat MPP tersebut telah membuat keputusan supaya memecat Abdul Khalid dan desakkan itu hanya dibuat oleh beberapa orang anggota sahaja.

“Daripada 50 hingga 55 ahli MPP yang hadir, hanya ada tiga atau empat ahli yang menyatakan pandangan keras seumpama itu (pecat Abdul Khalid).

“Tapi kita tidak membuat keputusan menyatakan persetujuan terhadap pandangan itu,” ujarnya.

Namun, cerita mengenai desakan itu berakhir apabila PKR merancang strategi Kajang dengan peletakan jawatan Adun Lee Chen Cheh supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengambil alih tempat Khalid. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 February 2014 8:22 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: