Kategori Ekonomi

Saham AS susut lagi lebih 10%

9 FEB: Saham Amerika Syarikat (AS) susut sekitar empat peratus pada Khamis dalam sesi penuh dramatik, mengesahkan pembetulan yang menamatkan kenaikan bagi tempoh hampir sembilan tahun.

Secara dasarnya, kejatuhan terbaharu ini sukar difahami pelabur yang dikejutkan dengan perubahan besar yang menjejaskan pasaran yang hanya melonjak dengan kukuh untuk tempoh beberapa bulan.

Dengan kejatuhan terkini, penanda aras S&P 500 dan perindustrian Dow disahkan berada pada jajaran pembetulan, di mana kedua-dua indeks itu susut lebih 10 peratus daripada rekod tertinggi yang dicatatkan pada 26 Januari lalu.

Indeks S&P 500 susut 3.8 peratus pada Khamis, sementara Dow jatuh 4.2 peratus dengan kerugian yang dicatatkan pada sesi dagangan lewat.

Kali terakhir indeks S&P 500 mengesahkan pembetulan adalah pada Januari 2016, apabila ia susut 13.3 peratus di tengah-tengah kebimbangan berhubung kejatuhan harga minyak.

Semalam menandakan satu lagi hari kejatuhan mendadak termasuk kejatuhan terbesar S&P 500’s dalam tempoh lebih daripada enam tahun yang mana pada Isnin ia menarik ekuiti menjauhi paras rekod.

“Ia belum selesai dan saya berpendapat pembeli dan penjual sedang berusaha untuk memahami pasaran,” kata Rakan Pengurusan Kanan Meridian Equity Partners, Jonathan Corpina di New York.

– Reuters

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 February 2018 10:16 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: