Kategori Ekonomi

Saham Supermax melonjak

16 APRIL: Saham syarikat pembuat produk getah kedua terbesar di dunia, Supermax Corporation Berhad melonjak setinggi 6.9 peratus pada Isnin.

Laporan Astro Awani menyebut ia dipercayai berikutan permohonan maaf secara terbuka Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Stanley Thai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Namun, dagangan saham itu didapati sudah melonjak sebanyak 30 peratus sepanjang tahun ini.

Pada Sabtu, Stanley memohon maaf dan mendakwa kesal terbabit dalam arena politik serta diperalat pembangkang.

Pada hari ini, Tan Sri Rafidah Aziz disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi bukan eksekutif syarikat, berkuat kuasa 14 April.

Bagaimanapun rekod menunjukkan bahawa Stanley sudah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan didenda RM5 juta kerana didakwa menjalankan perdagangan dalaman (Insider Trading) pada bulan November lalu dan kini dalam proses rayuan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 6:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: