Kategori Berita Utama

Salahkan Pusat isu air hanya modal politik, alih isu

13 MAC : Gangguan bekalan air yang berlaku minggu lalu adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor, tegas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Sambil menafikan ia salah kerajaan Persekutuan atau Pusat seperti didakwa pembangkang, beliau berkata kegagalan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih tidak menetapkan harga belian kepada Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor (SPLASH) adalah punca utama penstrukturan air masih tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini.

“Kerajaan persekutuan tidak ada kuasa dan tidak bercadang untuk masuk campur dalam menentukan nilai yang saksama kerana kerajaan Selangor mahu tawarkan kepada SPLASH, jadi adalah tidak wajar kerajaan Persekutuan dituduh sebagai modal politik dan mengalih perhatian sahaja.

“Mereka yang perlu bertanggungjawab dalam isu gangguan air yang terjadi (minggu lalu),” katanya dalam menjawab soalan ahli parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dalam Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, Selasa.

Semalam ahli parlimen DAP Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mendakwa gangguan air yang berlaku minggu lalu adalah salah kerajaan Persekutuan kerana SPLASH adalah di bawah kerajaan Persekutuan, dan kerajaan negeri tidak ada hak untuk mencampuri urusan tersebut.

SPALSH adalah pemegang konsesi air yang belum dapat diperoleh Selangor sebagai sebahagian daripada penyusunan semula bekalan air.

Kerja-Kerja pembaikan di loji rawatan air yang dkendalikan SPLASH minggu lalu telah menyebabkan gangguan bekalan air hampir seminggu di Lembah Klang.

Dalam pada itu, Maximus turut mempersoal tindakan Mohamed Azmin yang bertentangan dengan langkah  dengan an Sri Khalid Ibrahim kerana masih tidak meletakkan harga belian.

“Azmin ini tidak ada tulang belakang untuk berani letakkan harga mengambil alih SPLASH.

“Kamu sebutkan harga dan esok kita boleh duduk dan lihat berapa banyak kerajaan boleh bantu, jika tidak kamu boleh buat rakyat menderita dengan catuan dan pemotongan air ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Budiman meminta kerajaan menjelaskan apakah status penstrukturan semula industri air d Selangor dan mengapa berlaku kelewatan dalam proses penstrukturan sehingga menyebabkan krisis air di Lembah Klang berlaku.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 12:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: