Kategori Berita Utama

Salahuddin Ayub puji Shahrir bersihkan FELDA

18 APRIL: Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub memuji tindakan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad yang berjaya membersihkan kekotoran dalam agensi penanaman berkelompok itu.

Bagaimanapun, beliau mendakwa individu yang bertanggungjawab masih bebas.

“Shahrir apa dia buat pada FELDA, cuci najis, orang Melayu kata cuci tahi, namun yang terbabit dijangka akan bertanding dalam PRU14

“Paling tidak pun di zaman Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, penjenayah macam ini akan terima hukuman, masuk penjara,” katanya.

Salahuddin berkata demikian di hadapan kira-kira 400 hadirin dalam ceramah Bina Semula Negara di Bandar Baru Uda, di Johor Bahru malam tadi.

Shahrir yang juga Pengerusi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dilantik sebagai Pengerusi FELDA pada Januari tahun lalu menggantikan Tan Sri Isa Samad.

Beliau kemudiannya melaksanakan beberapa perkara untuk menyelamatkan institusi itu yang dibelenggu skandal.

Sementara itu, Dalam ceramah malam tadi, Ketua Penerangan PKR Johor, Akmal Nasir diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Johor Bahru.

Turut diumumkan adalah calon bagi Parlimen Kota Tinggi, Azlinda Abdul Latif, yang merupakan bendahari wanita gabungan pembangkang.

Manakala Jimmy Puah dan Andrew masing- masing akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Batu dan Stulang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 April 2018 12:47 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: