Kategori Berita Utama

Saman RM2 juta: Keputusan afidavit Hadi 14 April

30 MAC: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 April ini bagi mendengar keputusan hujahan afidavit tambahan yang difailkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berhubung kes saman fitnah RM2 juta terhadapnya oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Besi, Terengganu, Mohd Shamsul Mat Amin.

Laporan afidavit terbaru itu difailkan oleh peguam Abdul Hadi, Asmuni Awi di hadapan Timbalan Pendaftar, Mohd Nasharudin.

Hadi-Awang-Anwar-Ibrahim1Abdul Hadi sebelum ini diperintahkan membayar RM2 juta kepada Mohd Shamsul oleh Mahkamah Tinggi berkenaan selepas tiga kali gagal hadir pada sebutan kes itu di mahkamah.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos mahkamah sebanyak RM1,500.

Mohd Shamsul memfailkan saman fitnah RM2 juta terhadap Abdul Hadi atas dakwaan memfitnah dirinya pada satu ceramah PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei tahun lalu.

Shamsul menyifatkan tuduhan Abdul Hadi sebagai fitnah seterusnya mengundang penderitaan dan pelbagai reaksi negatif terhadap dirinya.

Jelas Shamsul, sepatutnya Hadi perlu menjawab atau memperjelaskan berkenaan ucapan yang dibuat beliau.

“Dia (Hadi) kena jawab mana satu calon pil kuda. Buat (ucapan) di Terengganu, fokus kepada calon di sini.

“Calon daripada PKR hanya enam orang dan tiga bertindih (dengan calon PAS). Yang bertindih ini dikatakan sebagai calon pil kuda.” jelas beliau kerana DUN Bukit Besi yang ditandinginya merupakan satu daripada kawasan di mana PAS turut meletakkan calonnya.

Namun Abdul Hadi tetap tidak menyahut gesaan Shamsul dan sekalipun telah disaman di mahkamah, Presiden PAS itu mengambil sikap tidak endah dengan tidak hadir pada sebutan kes.

Selepas Hadi diperintah menjelaskan saman RM2 juta itu, pemimpin tertinggi PKR mula kelam kabut melaksanakan ikhtiar untuk memujuk Shamsul menarik balik saman beliau.

Bagaimanapun ppada 5 Mac lalu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui usaha untuk menyelesaikan kes saman Shamsul itu menemui jalan buntu.

Sebelum itu pada 26 Februari lalu, Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution memberitahu beliau telah berunding dengan plaintif (Shamsul) bagi menyelesaikan isu berkenaan dan yakin ia mampu diselesaikan dalam tempoh 72 jam.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 March 2014 1:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: