Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sambutan hari pekerja mungkin selepas PRU14

14 MAC: Sambutan Hari Pekerja tahun ini, berkemungkinan tidak dapat dilaksanakan pada 1 Mei seperti kebiasaan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.

“Tema Hari Pekerja 2018 yang dipilih iaitu ‘Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara’ dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Februari lalu, tetapi saya tidak dapat beri jaminan sambutan Hari Pekerja dapat dilaksanakan pada tarikh terbabit.

“Dan ia mungkin hanya boleh dibuat selepas satu raya yang besar,” katanya yang disambut tepukan dan ketawa tetamu pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian di Putrajaya, Rabu.

Turut hadir, Timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Ghazali Abas.

Kenyataan Riot (foto) mengenai raya dipercayai merujuk kepada PRU14.

Sementara itu, beliau menggesa warga kementerian meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam menjadikan 2018 sebagai tahun kejayaan bagi Malaysia.

“Untuk itu, kita semua perlu melatih diri menjadi lebih ‘multi-tasking’ yang mampu menyumbang kepada budaya kerja yang mementingkan keberhasilan yang mengagumkan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 8:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: