Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sambutan Hari Wesak lambang demokrasi bebas beragama- PM

9 MEI: Sambutan Hari Wesak juga merupakan lambang bagi demokrasi negara yang menunjukkan kebebasan beragama adalah faktor penting dalam perpaduan fahaman agama Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ia telah menjadi satu daripada tumpuan cara hidup rakyat Malaysia.

“Esok, kawan-kawan Buddha kita akan menyambut Wesak. Satu hari yang istimewa bagi penganut Buddha di seluruh dunia untuk menghormati kelahiran, penyedaran dan kematian Buddha.

“Keamanan, kebaktian dan pengiktirafan nilai kemanusiaan bukan sahaja nilai-nilai sejagat yang dikongsi penganut Buddha tetapi ia juga adalah nilai-nilai bersama yang mengikat kita semua bersama-sama sebagai rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan sempena Hari Wesak yang akan disambut esok.

Najib juga berkata ia adalah hari di mana usaha khusus dibuat bagi membawa kebahagiaan kepada orang lain, terutama yang kurang bernasib baik.

“Bahawa kita prihatin dengan orang yang sakit, memberi makan kepada mereka yang kelaparan dan menyambut baik orang yang tidak dikenali tanpa mengira dari mana mereka datang. Bahawa kita harus melayan orang lain seperti mana kita mahu dilayan.

“Kita mesti mendukung nilai-nilai penting ini kerana jika tinggal bersama dan membantu antara satu sama lain, kita akan membina Malaysia yang lebih kukuh dan lebih baik untuk kita semua,” katanya.

Najib menegaskan bahawa Hari Wesak memberi peluang untuk memperingati sumbangan penganut Buddha kepada kemajuan negara dan setiap orang untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk semua kaum, budaya dan agama.

Beliau mengucapkan “Selamat Hari Wesak!”

Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 May 2017 11:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: