Kategori Berita Antarabangsa

Sami Buddha kutuk rusuhan anti-Islam

10 MAC: Beratus sami Buddha dan aktivis mengadakan demonstrasi mengutuk rusuhan oleh golongan anti-Islam yang meragut nyawa tiga orang sehingga kerajaan Sri Lanka terpaksa mengumumkan darurat di negara itu.

Laporan AFP yang memetik jurucakap kumpulan The National Bhikku Front berkata mereka mengadakan protes senyap terhadap perbalahan masyarakat yang akan menghancurkan perpaduan negara.

Kumpulan sami Buddha dan aktivis The National Bhikku Front di berhimpun untuk mengutuk rusuhan anti Islam di Sri Lanka

Pemimpin Buddha sederhana turut mengutuk rusuhan yang tertumpu di tengah bandar Kandy, 115 kilometer dari timur Colombo.

Pada Khamis lalu, kumpulan masyarakat sivil Islam dan Sinhalese mengadakan protes bersama di Colombo menyeru tindakan keras diadakan terhadap dalang rusuhan terbabit.

Laporan media tempatan menyebut keganasan bermula pada Isnin apabila seorang lelaki Sinhalese mati selepas diserang oleh empat lelaki Islam minggu lalu.

Ketegangan bertambah apabila mayat seorang Islam dijumpai, dipercayai dibakar di sebuah bangunan di Kandy pada Selasa.

Dikatakan geng Sinhalese membakar masjid dan perniagaan orang Islam, selain rumah dan juga kenderaan di sekitar Kandy serta lain-lain tempat.

Justeru kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat dan perintah berkurung,

Polis Sri Lanka dilaporkan berkata dalang rusuhan dikenali Amith Weerasinghe, dari golongan Sinhalese sudah ditahan pada Khamis bersama 145 lain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 March 2018 12:10 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: