Kategori Berita Antarabangsa

Sami bunuh penyanyi muslim

12 OKT: Lebih 200 penduduk Islam melarikan diri dari kampung mereka di barat Rajasthan, India selepas seorang sami Hindu dan rakannya membunuh penyanyi lagu rakyat Muslim pada akhir bulan lalu.

Masalah meletus di perkampungan Dantal berhampiran sempadan India-Pakistan pada 27 September lalu apabila seorang sami Hindu mendakwa penyanyi lagu rakyat, Ahmad Khan dikatakan membuat kesilapan ketika mengalunkan mantera membangkitkan dewi Hindu.

Khan, 45, adalah ahli komuniti Langa Manganiyar yang menyanyikan lagu keagamaan Hindu dan versi spiritual di kuil serta festival di situ.

Lapor Reuters, pertelingkahan mula berlaku selepas sami berkenaan memberi cadangan supaya mantera diubah.

Polis berkata sami itu, Ramesh Suthar dan rakannya kemudian memecahkan alat muzik milik Khan sebelum membunuhnya.

“Berita pembunuhan itu mencetuskan rusuhan antara penganut Hindu dan Muslim yang tinggal bersama selama beberapa generasi,” kata pegawai polis kanan, Gaurav Yadav.

Pihak polis tidak mendedahkan bagaimana Khan dibunuh, namun Suthar sudah ditahan.

Rakan subahatnya bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Pihak berkuasa  juga dikatakan sudah menghantar pasukan separa tentera ke kawasan itu, namun penduduk Islam, enggan kembali ke rumah masing-masing.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 October 2017 11:49 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]