Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sampai bila Mat Sabu mahu ding-dong?

26 DIS: Dulu kata mahu ‘stay cool’ sekarang kata sudah jadi kes mahkamah – Itulah cara Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu berdolak dalik bila ditanya mengenai dakwaan fahaman Syiah yang dikaitkan dengan dirinya.

Terbaru malam Rabu lalu, Mat Sabu yang ditemui selepas menyampaikan ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks Pas Pokok Sena, Alor Setar, Kedah sekali lagi ditanya sama ada beliau akan mengangkat sumpah di masjid bagi membuktikan dirinya bukan berfahaman Syiah.

 

MAT SABU...sekarang berselindung di sebalik alasan sudah jadi kes mahkamah bila ditanya sama ada beliau pengikut Syiah atau tidak.

MAT SABU…sekarang berselindung di sebalik alasan sudah jadi kes mahkamah bila ditanya sama ada beliau pengikut Syiah atau tidak.

“No comment. Saya tak mahu cakap apa-apa. Ia (isu tersebut) dah pun jadi kes mahkamah, biarlah mahkamah yang putuskan.” jawap beliau.

Sebelum perkara itu menjadi kes mahkamah, pemberita tidak jemu-jemu bertanya beliau berhubung isu Syiah itu bagi mendapatkan kepastian, namun Mat Sabu tidak juga memberikan jawapan yang pasti.

Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar juga dilaporkan mendesak Mat Sabu bersumpah di masjid untuk membuktikan beliau bukan berfahaman Syiah seperti yang didakwa, sekaligus dilihat ada usaha untuk membersihkan namanya.

Menurut Fakhrul Azman kaedah itu  adalah lebih baik daripada meneruskan tindakan undang-undang bagi mengelakkan perkara itu dipolitikkan.

Bagaimanapun Mat Sabu hanya membisu.

 

17 Disember lalu, Mat Sabu dalam satu sidang media berkata akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwanya sebagai pengikut ajaran Syiah.

Katanya beliau telah menyerahkan perkara itu kepada panel peguam PAS yang diketuai Mohamed Hanifah Maidin untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Dalam sidang media itu juga Mat Sabu ditanya oleh wartawan sama ada beliau pengikut Syiah atau tidak, namun Mat Sabu tidak dengan tegas menafikan mahupun mengiakan soalan tersebut dan membiarkan ia terus jadi tanda tanya.

Jadi sekarang, mungkinkah kita akan dengan pengakuan muktamad Mat Sabu sama ada beliau mengamalkan Islam mengikut fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah ataupun Syiah?

Atau mampukah Mat Sabu berding-dong lagi di mahkamah? Sama-sama kita tungggu dan lihat.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 December 2013 4:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: