Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Samsu Adabi calon PPBM di Putrajaya

15 APRIL: Penganalisis politik, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PPBM Wilayah Persekutuan, Muhammad Suhaimi Yahya hari ini di Putrajaya.

Turut diumumkan Ketua Wanita PPBM, Rina Harun sebagai calon di kerusi Parlimen Titiwangsa.

Penyandang kedua-dua kerusi parlimen itu adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

PPBM yang berdepan arahan pembubaran sementara akan menggunakan lambang PKR bersama calon lain daripada PH dalam pilihan raya umum.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 11:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: