Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Samun berparang Taman Melawati, polis gesa saksi tampil

8 MEI: Polis mengesa mereka yang mempunyai maklumat dalam kejadian samun berparang di sebuah restoran di Taman Melawati yang tular dalam media sosial, tampil ke hadapan bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata pihaknya kini menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari restoran berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata,” katanya ketika dihubungi sebuah portal berita, Isnin.

Dalam kejadian pada 9.30 malam Sabtu, enam lelaki bersenjatakan parang dan memakai topi keledar meluru masuk ke premis berkenaan.

Mangsa terdiri daripada pekerja dan pelanggan restoran berkenaan diacukan parang dan kemudiannya dipaksa menyerahkan barangan berharga dan wang tunai dianggarkan RM29,745.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 May 2017 11:38 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: