Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sanggup berbaik dengan musuh, Mahathir terdesak

7 JAN: Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan bahawa beliau berbaik dengan bekas musuh-musuhnya semata-mata untuk meruntuhkan parti yang pernah menobatkan sebagai ketua negara.

Meskipun UMNO merupakan parti yang beliau perjuangkan lebih 60 tahun namun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa parti keramat itu sudah tersasar dari perjuangan asal.

“Saya ketepikan perasaan saya terhadap musuh yang mengecam saya selama saya jadi perdana menteri dan Presiden UMNO.

“Sayang tak sayang, saya perlu menjatuhkan parti saya sendiri. Saya tahu tak mudah untuk menjatuhkan parti kesayangan saya selama hampir 60 tahun.

“Dan saya tidak pertahankan terhadap kecaman yang dilempar kepada parti yang saya pimpin selama 22 tahun,” katanya ketika berucap sempena Konvensyen PH di Shah Alam, Ahad.

Katanya, apa yang penting kini adalah gandingan partinya iaitu PPBM dengan parti pembangkang lain mahu memenangi pilihan raya sekaligus menjadi kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, meskipun pahit untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga menerima peristiwa, secara tiba-tiba Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau terhutang budi dengan keluarga berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 January 2018 6:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: