Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sarawak penuhi tiga syarat untuk jadi negeri model

13 FEB : Kejayaan kerajaan Sarawak mengekalkan kesejahteraan warganya menerusi kemantapan ekonomi, kestabilan politik dan perpaduan rakyat melayakkan Bumi Kenyalang menjadi negeri contoh di negara ini.

dun sarawak“Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak melaksanakan usaha berterusan untuk memastikan ekonomi terus berkembang dan kini ia sudah berjaya dicapai khususnya dalam pembangunan pesat Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Sarawak juga berjaya mengekalkan kestabilan politik dan ini memastikan kerajaan yang dipilih rakyat dapat memerintah dengan baik.

“Prasyarat ketiga menjadikan Sarawak sebagai negeri contoh ialah perpaduan rakyatnya yang berbilang kaum,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah, Bau, Jumaat.

Sehubungan itu, rakyat Sarawak katanya, perlu dan harus sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk mempertahankan tiga prasyarat yang menjadikan Sarawak sebagai negeri terbaik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 3:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: