Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sarawak setuju laksana cukai pelancongan

22 JUN: Sarawak menerima pelaksanaan cukai pelancongan baru yang berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Persetujuan itu disahkan oleh Menteri Pelancongan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media di pejabatnya, pada Khamis.

Sebelum ini cetus perbalahan di antara Menteri Pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dengan Abdul Karim apabila Sarawak sebelum ini enggan melaksanakan cukai berkenaan kerana bimbang ia akan membawa impak negatif kepada industri pelancongan negara.

Cukai pelancongan baharu akan berkuat kuasa pada 1 Julai, dan akan melihat hotel di seluruh negara mengenakan bayaran antara RM2.50 dan RM20 semalaman.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata pendapatan daripada cukai itu sekitar RM654.62 juta jika kadar penginapan keseluruhan untuk 11 juta “bilik bermalam” mencapai 60%.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 June 2017 7:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: