Kategori Ekonomi

Sasaran rumah PPA1M bertambah 100,000 unit

19 JUN: Sasaran pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di seluruh negara dinaikkan daripada 100,000 kepada 200,000 unit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pembinaan yang dijangka siap menjelang 2020 itu adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan serta keselesaan penjawat awam sentiasa terjaga.

 “Adalah menjadi impian dan idaman setiap insan, lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkeluarga untuk memiliki sebuah rumah yang bersesuaian dengan selera mereka.

“Saya anggap projek ini antara yang terbaik yang disediakan oleh kerajaan, jadi beruntung mereka yang mendapat rumah kediaman PPA1M Selasih ini,” katanya selepas Majlis Serah Kunci PPA1M Selasih, Presint 17, Putrajaya hari ini.

Pada ketika ini, harga seunit PPA1M yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran dan bernilai di antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan.

Nilai subsidi yang disediakan kerajaan adalah antara RM25,000 hingga RM38,000 seunit, bergantung kepada keluasan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 June 2017 4:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]