Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Satelit Thailand rakam 300 objek terapung

27 MAC: Imej satelit Thailand menunjukkan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika misi mencari pesawat MH370, kata pegawai hari ini.

Agensi Maklumat Geo dan Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand, berkata objek berukuran dari dua hingga 15 meter dilihat bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer barat daya Perth.

“Tetapi kami tidak boleh dan tidak akan mengesahkan bahawa ia adalah serpihan pesawat berkenaan,” kata Pengarah Eksekutif agensi itu, Anond Snidvongs. 

SAR MH370Katanya, maklumat itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia.

Imej itu diambil menggunakan satelit pemantau bumi tunggal milik Thailand pada Isnin lalu tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Katanya, objek itu dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan imej satelit Perancis yang menunjukkan objek berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat itu ketika misi SAR baru-baru ini. –

Sementara itu, operasi mencari pesawat MH370 menerusi pesawat dan kapal gagal menemui sebarang objek terutama 122 objek yang dikesan satelit sebelum ini.

Malah, operasi berjejas apabila hujan lebat, awan rendah memaksa pesawat kembali semula ke pangkalan udara di Perth selepas terbang beberapa jam sejak pagi tadi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2014 5:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: