Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Satu lagi mayat ditemui, seorang masih hilang

21 JAN: Satu lagi mayat mangsa tragedi bot panjang membawa rombongan pengantin terbalik di Batang Lassa di Matu Daro, dekat Sibu dalam bahagian Mukah, Sarawak menjadikan 10 mangsa sudah ditemui mati lemas.

Mayat wanita yang dikenali sebagai Ibong bt Rais, 60, ditemui di Tanjung Bubus, Seberang Daro pada jam 9.02 pagi Selasa.

Mayat yg ditemui Selasa jam 9 pg

Mayat Ibong Rais, 60, yang ditemui di Tanjung Bubus, Seberang Daro jam 9.02 pagi Selasa dibawa dengan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat ke jeti untuk dihantar ke Hospital Matu Daro untuk dibedah siasat.

Berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat yang diketuai Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superitenden Wagner Lisa Libut kini menumpukan usaha mencari mangsa terakhir yang dilapor hilang iaitu seorang lelaki berusia 55 tahun.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari Sabtu lalu, sebuah bot panjang yang membawa 27 penumpang berusia lingkungan 23 hingga 69 tahun terbalik selepas dipukul ombak besar.

Ketika kejadian bot panjang itu dalam perjalanan dari Kampung Tekajong pulang ke kampung semua mangsa selepas menghadiri majlis perkahwinan.

Enam belas orang berjaya menyelamatkan diri, tiga ditemui lemas dan lapan lagi hilang pada Sabtu.-bnbbc.my

Bot panjang yg karam di Batang Lassa Sabtu lalu

Bangkai bot panjang yang karam dan mengorbankan lapan mangsa di Batang Lassa Sabtu lalu dikeluarkan pada Selasa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 January 2014 1:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: