Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Satu maut, 11 cedera dalam kemalangan bas ekspress

6 DIS: Seorang penumpang terbunuh apabila sebuah bas ekspres dua tingkat melanggar lori treler di Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara.

Kemalangan itu turut membabitkan lori kontena dalam kejadian awal pagi tadi di Kilometer 294 berhampiran Kampar.

Dalam kejadian itu, mangsa Chan Kwai Fah, 43 bersama penumpang lain dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitenden Ng Kong Soon berkata kemalangan pada 5.45 pagi itu menyebabkan 11 yang lain termasuk pemandu bas ekspres, lori kontena dan lori treler mengalami kecederaan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila bas ekspres yang berada di laluan kiri melanggar lori treler, manakala lori kontena dari arah sama tidak dapat mengelak dan turut terbabit.

“Mangsa dari Taman Cempaka, Ipoh itu disahkan meninggal dunia kira-kira 8.11 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya.

Beliau berkata polis sedang menyiasat punca kemalangan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta turut menahan pemandu bas ekspres berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2017 6:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: