Kategori Berita Utama

Satu penghinaan jika bukan Islam baca al Quran atau teksnya

27 MAC : Orang bukan Islam digesa segera menghentikan penggunaan ayat-ayat suci  al-Quran.

Bahkan, tindakan pemimpin politik bukan Islam menggunakan teks suci Islam termasuk al Quran secara sewenang-wenangnya dan tidak menepati maksud sebenar boleh mendatangkan penghinaan terhadap kesucian Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ini  kerana  mereka sendiri tidak faham akan ayat-ayat tersebut tetapi dilihat dengan sengaja  membaca dan menghuraikan teks al-Quran mengikut fahaman sendiri.

alquranMalah, ia juga boleh mendatangkan keraguan dan fitnah di dalam masyarakat.

Sejak kebelakangan ini, ada pemimpin pembangkang bukan Islam cenderung memetik kandungan al-Quran sama ada membaca atau tafsir maksudnya di Parlimen atau dalam ceramah masing-masing.

Jelas Jamil Khir  isu ini diputuskan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 3 Disember 2010 dalam satu Muzakarah Khas.

jamilkhirbaharom

Jamil Khir

“Pada dasarnya ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bukan untuk kepentingan dan tujuan tertentu atau peribadi, apatah lagi jika ia dilakukan dengan kesalahan sama ada pembacaan atau huraiannya yang menyimpang dari kehendak sebenar,” katanya di Dewan Rakyat, Khamis.

Sementara itu, berhubung isu penggunaan kalimah Allah, Jamil Khir menasihatkan semua pihak supaya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.

Malah tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga  Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

“Sehubungan itu saya tidak akan memanjangkan isu ini, kerana ia boleh dianggap sebagai sub judice,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2014 7:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: