Kategori Berita Utama

Sawan politik: Anwar kena jumpa Hadi, Nik Aziz minta air penawar

29 JAN : Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin menjangkakan beliau diberikan ‘karpet merah’ oleh DAP dan apabila PKR mengatur peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh dan beliau sendiri jadi calon dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu.

Anwar mungkin rasa dirinya cukup besar dan berkuasa, boleh catur begitu begini atas kapasiti Ketua Pembangkang tetapi jika beliau  berani cermin diri, beliau akan nampak kerusi PKR tercorot di belakang PAS dan DAP di Selangor manakala di peringkat nasional, parti itu kekal di belakang DAP selepas PRU 13.

Namun, ahli Parlimen Permatang Pauh itu peduli apa.

anwarhadinikaziz

Jika PAS Selangor terus mahu jadi MB, Anwar perlu jumpa Hadi dan Nik Aziz minta simpati

Kekecewaan gagal pelan 16 September 2008, gagal lagi jadi Perdana Menteri apabila BN kekal didepan pada PRU 13, membuatkan Anwar tersedar dari mimpi bahawa PRU 14 untuknya menawan Putrajaya masih jauh, itupun jika umurnya masih panjang.

Mujurlah kemelut PKR di Selangor jadi  ‘tabung oksigen’ kepada Anwar untuk meneruskan hasrat supaya diingati walaupun hanya sebagai Menteri Besar kerana impian sebagai Perdana Menteri, jalannya masih jauh dan penuh berliku.

Semua skrip kemas. Pertembungan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali, peletakan jawatan Lee dan menukar alamat ke Kajang walaupun semuanya bermula dengan penafian dan pembohongan oleh beliau dan Khalid berhubung apa berlaku sekarang.

Beliau fikir tembelangnya boleh ditutup tetapi malangnya, PAS sudah sedar rancangan  PKR untuk terus berkuasa di Selangor.

PAS yang memberi laluan dan sokongan kepada Khalid kekal sebagai Menteri Besar selepas PRU 13 walaupun parti menguasai jumlah kerusi Dun, jelas terkejut sikap gelojoh dan rakus PKR khususnya Anwar yang sudah diuar-uar menggantikan  Khalid.

Selepas menghidu tembelang Anwar, beberapa pemimpin PAS tegas menyuarakan rasa kecewa dan tidak puashati mereka walaupun Anwar menunjukkan seolah-olah PAS setuju rancangannya apabila Salahuddin Ayob dan Dr Hatta Ramli turut serta pada sidang media PKR, pada Selasa.

nasrudinhasanpas

Nasruddin…Sawan politik apakah ini?

Adakah Naib Presiden PAS dan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat itu hanya dijadikan boneka atau patung bernyawa bagi Anwar menyiapkan drama arahannya di Selangorketika ini?

Bagi beberapa pemimpin PAS lain, peduli apa itu semua.

Mereka mula mempersoalkan kewajaran Lee melepaskan jawatan Adun Kajang tidak sampai sembilan bulan dipilih pada Mei tahun lalu.

Adakah PRK Dun Kajang  untuk suka-suka, membuang masa dan wang ringgit  tanpa ada kematian, keuzuran mahupun adegan lompat parti semata-mata demi memberi laluan pada seseorang yang lain.?

Sawan politik apakah ini? “Macam main-main jerr!” kata ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

Dengan sinis bekas Ketua Pemuda PAS Pusat yang kini ahli Parlimen Temerloh menegaskan, pilihanraya ini sebahagian dari perjuangan dan bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu.

Beliau menilai tindakan Lee perbuatan sengaja, satu langkah khianat pada amanah setelah dapat mandat rakyat. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda.

“Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat,” ujarnya dipetik di laman sosial facebook beliau.

Beliau menyuarakan kesedihan kerana rakyat sedang bertarung untuk hidup tetapi ada pemimpin bertarung sesama sendiri demi merebut jawatan tanpa dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Jika kenyataan Nasrudin tidak bermakna buat Anwar kerana beliau orang Pahang, namun beliau patut bimbang dengan suara PAS Selangor dan barisan Pemudanya.

Barangkali sudah bosan dengan kemelut dalam PKR dan perebutan jawatan Menteri Besar  dan melihat PAS hanya ‘patung’ dalam Pakatan Rakyat Selangor, Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman memberi kata dua kepada Anwar dan pemimpin PKR yang lain.

Mesejnya ringkas dan mudah difahami.

Ianya membawa maksud, soal kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR dan PAS hanya jadi pemerhati selagi isu jawatan Menteri Besar tidak dikaitkan.

“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat.

pkrpasdap

Sudah lama PAS di bawah, bila lagi mahu ke atas?

“PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita,” tegas beliau dalam satu kenyataan, Selasa.

Yang dimaksudkan adalah Iskandar Abdul Samad yang juga Adun Chempaka dan Exco kerajaan negeri sekarang

Menurut Khairuddin, alasan PAS menghantar calon adalah kerana PAS memiliki jumlah kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Untuk rekod, PAS menang 15 kerusi DUN berbanding DAP (15) dan PKR hanya 14 sahaja manakala Barisan Nasional (BN) pula cuma 12 kerusi.

Selain itu Anwar juga berdepan ancaman Pemuda PAS Selangor untuk memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang sekiranya PKR gagal memberi penjelasan munasabah berhubung peletakkan jawatan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata , pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera Pemuda PAS negeri untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen PRK DUN Kajang.

“Pemuda PAS Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP.

“Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat,” tegasnya.

Anwar tentunya faham maksud pemimpin-pemimpin PAS Selangor itu.

Mungkin ramai yakin Anwar yang penuh keegoaan tidak akan memperdulikan ancaman PAS Selangor kerana sudah kerap kali pertembungan sama ada babitkan PAS dengan PKR atau PAS dengan DAP, beliau dapat mengatasinya.

iskandarsamad

Iskandar Samad pilihan PAS Selangor jadi Menteri Besar

Bagaimanapun, jika benar suara PAS Selangor betul-betul akan dikotakan, Anwar perlu cari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan ‘air penawar’ merawat sawan politiknya itu.

Jika tidak, hasrat beliau jadi Menteri Besar Selangor tidak akan kesampaian.

Cuma kali ini, sudikah Hadi dan Nik Aziz membiarkan Anwar terus mempermainkan PAS ketika ramai lagi pemimpin dan ahli-ahli parti itu tertanya-tanya di mana pemimpin PKR dan DAP sewaktu Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib sakit dan meninggal dunia, baru-baru ini.

Barangkali Anwar sudah ada jawapannya begitu juga Hadi dan Nik Aziz yang mungkin amat faham maksud habis madu sepah dibuang – bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2014 9:14 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: