Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Saya berkhidmat sejak 1978, biar rakyat tentukan

8 MAC: Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak gentar walau siapapun yang mahu bertanding di parlimen tersebut kerana beliau telah berkhidmat sejak 1978.

Menurutnya, segala keputusan tersebut diserahkan kepada rakyat kali ini bagi menentukan siapa pemimpin terbaik untuk mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya dengar banyak nama, saya dengar juga nama Tun Mahathir (Mohamad), mereka boleh datang, sebagai pemimpin yang sudah lama berkhidmat sejak 1978, saya tak boleh ikut mana-mana rentak pembangkang yang ingin bertanding di situ.

“Saya dah serahkan laporan tentang apa yang saya telah lakukan di sana, biar mereka (rakyat) menentukan sebagai pengundi nanti,” katanya ketika ditemui di Parlimen, Khamis.

Sebelum ini terdapat spekulasi yang menyatakan pemimpin utama PH sudah bersedia bertanding di Johor pada PRU14.

Pemimpin yang dimaksudkan ialah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Difahamkan strategi PH untuk meletakkan pemimpin-pemimpin penting bertanding di Johor adalah bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk terus menggempur kubu kuat UMNO seperti dalam PRU lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2018 3:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: