Kategori Berita Utama

“Saya bukan bodoh untuk jual kedaulatan negara kepada China”- Najib

5 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan pembangkang yang kononnya beliau menjual kedaulatan negara ke China adalah bodoh dan tidak logik.

Menurutnya,rakyat kini tidak akan mempercayai sewenang wenangnya tentang pembohongan pembangkang setelah mereka kerap kali ditipu dengan janji manis gabungan pembangkang itu.

“Mereka (pembangkang) mengancam untuk mengubah segala-galanya (apabila mereka menang), mengatakan bahawa kami telah menjual kedaulatan kita. Apa kedaulatan? Kepala bapak kau (kepala bapak kamu),” katanya.

“Maaf, saya perlu menggunakan bahasa kasar seperti itu tetapi tidak masuk akal, di mana kehilangan kedaulatan, adakah anda fikir kita bodoh, kita tidak bodoh,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan ribuan perwakilan pada pembukaan Tahunan MCA Ke-64 Perhimpunan Agung di Wisma MCA, Ahad.

Hadir sama ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan kepimpinan pusat parti lain.

Bagaimanapun Najib kemudian meminta maaf kerana menggunakan bahasa kasar dalam ucapannya.

Kata Najib tidak ada kedaulatan negara yang tergadai ekoran keputusan kerajaan mengadakan hubungan ekonomi dan pelaburan dari China.

“Bodoh. Anda fikir Kuantan Industrial Park orang Malaysia tak boleh masuk ?

“Bodoh punya kerja. Saya tak lah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia. Ini adalah tanah air kita yang berdaulat,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 November 2017 11:44 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: