Kategori Berita Utama

Saya bukan saja mahu Sungai Besar tetapi Selangor: PM

19 JUN : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja mahu Barisan Nasiona menang di Pilihan Raya Kecil (PRK), Sungai Besar malah beliau mahu kemenangan di Parlimen tersebut mengembalikan negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan.

“Saya mahu semangat baru dan daya juang ini berterusan. Jangan fikir kerja kita sudah selesai, belum selesai, belum boleh tidur belum boleh lunjur kaki. Kita kena menyingsing lengan.

WhatsApp-Image-20160619“Jangan ada ego. Jangan taksub dengan kemenangan. Kita memang dah menang tapi kita nak kemenangan lebih besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan kembalikan BN di negeri Selangor ini.

“Selangor ada harapan dan ada perubahan boleh berlaku. Buktikan di bumi Sungai Besar. Kalau kita ulang balik sejarah, permulaan dan pemulihan BN bermula di tapak Sungai Besar,” kata Najib.

WhatsApp-Image-20160619 (3)Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis meraikan kemenangan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi pada PRK parlimen berkenaan.

Menurut Najib lagi rakyat hari ini tidak boleh bergantung kepada parti yang tidak ada persefahaman melainkan bergantung harap kepada BN yang boleh bawa kepada kemajuan dan menjamin masa depan rakyat.

WhatsApp-Image-20160619 (1)Malah rakyat juga tidak boleh bergantung kepada pemimpin terdahulu yang lebih tua seperti bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tak boleh bergayut kepada pembangkang, bergayut kepada orang dah berumur 91 tahun. Dulu cakap lain, hari ini cakap lain. Dulu ludah, sekarang dia jilat balik. Mana ada maruah. Mana ada prinsip. Dia nak kata apa katalah, saya gentlemen. Saya tak kata balik.

WhatsApp-Image-20160619 (2)“Rakyat sudah jawab, rakyat tolak Dr Mahathir rakyat dah tolak Deklarasi Mahathir. Mereka nak kerajaan yang boleh menolong mereka, boleh bantu mereka. Rakyat nak projek jaminan masa depan. BN akan laksanakan kehendak rakyat,” kata Najib.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 June 2016 1:37 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]