Kategori Berita Utama

Saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab memalukan negara : Khairy

15 MAC : Disebalik kecaman dan ugutan bomoh Ibrahim Mat Zin, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tetap mempertahankan kenyataannya bahawa perbuatan Raja Bomoh itu syirik dan khurafat.

Walaupun, enggan melayan kenyataan Ibrahim yang mahu menampar dan menyaman RM100 juta kerana membidas perbuatan bomoh itu untuk mencari pesawat MH370 guna bubu, buloh, kelapa, bakul dan tikar, Khairy secara seloroh berkata, “satu Malaysia” ingin menampar Ibrahim kerana didakwanya memalukan negara.

kjkjgmeifun

Khairy bersama Mei Fun bersarapan dengan penduduk Kajang

“Dia seorang nak tampar saya tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab memalukan Malaysia,” kata Khairy sambil ketawa.

Perbuatan Ibrahim di KLIA beberapa hari lalu turut dikecam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berbahas di Dewan Rakyat, Khamis.

Khairy ditemui media selepas program bersarapan bersama masyarakat di Sungai Jelok, Kajang, Sabtu.

Turut hadir ialah calon BN bagi PRK DUN Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun.

Semalam dalam satu video di Youtube,  Ibrahim mengancam untuk menampar menteri Belia dan Sukan itu seperti beliau kononnya pernah menampar buaya hingga mati serta mahu menyaman Khairy RM100 juta.

Ibrahim, yang mencetus kontroversi susulan upacara perbomohan yang dijalankannya di lapangan terbang KLIA bagi mengesan pesawat MH370, mengancam demikian kerana marah dengan kenyataan menteri tersebut di Twitter.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga sudah mengeluarkan kenyataan supaya rakyat mengelak  mempercayai kaedah bomoh atau perubatan alternatif yang mengamalkan kaedah syirik dan bertentangan dengan agama Islam.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 March 2014 12:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: