Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Saya sedia bertanding pada PRU14

7 DIS: “Saya sudah bersedia jika dipilih oleh pucuk pimpinan bertanding pada pilihan raya kali ini”

Itu yang disuarakan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mengenai kemungkinan besar beliau akan kembali bertanding pada PRU ke-14 tahun hadapan.

Bagaimanapun Asyraf menjelaskan, beliau tetap setia kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekiranya takdir menentukan dirinya tidak dicalonkan bertanding pada PRU kali ini.

“Perkara ini belum diputuskan oleh pucuk pimpinan parti dan belum ditentukan kerusi mana yang akan saya tandingi.

“Namun saya menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Presiden parti dan jika tidak dipilih sekalipun saya tetap akan bersama parti, yang penting pastikan kemenangan kepada UMNO dan BN pada PRU ke-14 nanti,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, di PWTC, pada Khamis.

Menurutnya, momentum UMNO Kelantan berada dalam ‘mood’ baik dengan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Pengerusi Perhubungan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan telah bersiap siaga untuk merampas kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri yang terlepas ke tangan pembangkang sejak tahun 1990.

“Saya yakin dengan apa yang telah dilakukan Tok Pa yang bekerja keras memperkukuhkan dengan mewujudkan semangat bersatu dikalangan ahli UMNO Kelantan.

“Kita berada dalam mood baik ketika ini dan inilah yang kita mahukan dan saya yakin kita tidak akan kalah lagi setelah 27 tahun kita gagal merampas Kelantan,” kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.

Ditanya adakah UMNO Kelantan akan menampilkan lebih ramai pemimpin muda pada PRU14, Asyraf menegaskan perkara itu tidak perlu dijadikan isu tetapi tidak menolak UMNO dan BN Kelantan perlu memberi peluang kepada golongan muda bertanding pada pilihanraya kali ini.

“Kita tidak boleh menolak pemimpin lama, mereka sarat dengan pengalaman seperti Tok Pa yang telah terbukti kebolehannya di peringkat persekutuan.

“Apa yang perlu kita tampilkan kesimbangan antara orang lama dan baru untuk mewujudkan keserasian gandingan UMNO Kelantan bagi memikat hati pengundi di Kelantan.

“Insyallah, dengan apa yang kita tawarkan disamping trek rekod baik UMNO dan BN dalam mentadbir dan mengurus negara, rakyat Kelantan pasti akan memilih UMNO dan BN menjadi pemerintah negeri pada PRU ke-14 ini,” ujarnya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 6:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]