Kategori Berita Utama

Saya tunggu saman Sivarasa – Ku Nan

16 JUN: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersedia untuk berhadapan saman yang sudah difailkan oleh Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

“Saya tunggu sajalah dia nak saman. Saman sajalah, nak buat macam mana.

“Kita akan lawanlah,” katanya selepas Program Nur Ramadan di Masjid Ar-Rahah Kerinchi, Bangsar, hari ini.

Sivarasa hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sudah memulakan saman fitnah terhadap Tengku Adnan atau dikenali sebagai Ku Nan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Tuntutan saman berkenaan adalah susulan Setiausaha Agung UMNO itu membuat dakwaan bahawa wakil rakyat PKR itu berceramah politik di sebuah masjid di Shah Alam pada Mei lalu.

Kemelut itu bermula apabila Sivarasa memasuki kawasan solat dalam Masjid An-Nur pada 24 Mei lalu dan didakwa memberi ceramah politik sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bekas Naib Presiden PKR itu bagaimanapun sudah mengutus surat memohon kemaafan daripada baginda.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 June 2017 10:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: