Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SDL bantu selesai kesesakan sekitar ibu kota

23 OKT: Jajaran Sri Damansara Link (SDL) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) Fasa Dua akan dibuka kepada umum mulai 12 malam Selasa (24 Oktober).

Jajaran sepanjang 7.4 kilometer itu dijangka menyelesaikan masalah kesesakan di sekitar ibu kota terutama  kawasan Jalan Segambut, Jalan Kuching, Rawang dan Kepong, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya, SDL juga akan menambah baik sistem penyuraian trafik sekitar Jalan Lang Emas, Jalan Taman Bukit Maluri, Kepong dan Penchala selain menjimatkan masa kira-kira 10 minit.

“Dianggarkan 30,000 pengguna akan menggunakan jajaran itu setiap hari , ” katanya ketika merasmikan jajaran tersebut, Isnin.

.Jajaran SDL menghubungkan Persimpangan Bertingkat Manjalara  menghala ke Timur untuk berhubung dengan Persimpangan Bertingkat Segambut di Jalan Segambut.

Pembinaan membabitkan kos keseluruhan RM1.183 bilion melengkapkan Lebuh Raya DUKE Fasa Dua yang dibina sejak Disember 2014.

Sebelum ini, jajaran Tun Razak Link (TRL) sepanjang sembilan km dibuka secara berperingkat sejak 28 September lalu.

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2017 2:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: