Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sebab lori, lebuhraya sesak 8 km

17 JUN: Satu kemalangan di Kilometer 257.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora, Ipoh mengakibatkan kesesakan sehingga lapan kilometer.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, kemalangan berlaku pada jam 3.24 petang membabitkan sebuah lori yang terbalik di lorong kiri selepas terbabit kemalangan dengan sebuah bas.

“Lori berkenaan yang terbalik mengakibatkan laluan di lorong kiri terhalang manakala bas berkenaan tidak mengalami kerosakan teruk dan mampu meneruskan perjalanan

“Lori berkenaan berjaya dialihkan kira-kira jam 5.30 petang tadi dan kedua-dua lorong sudah dibuka. Bagaimanapun, trafik masih mengalami kesesakan sejauh kira-kira lapan kilometer,” katanya Sabtu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 June 2017 6:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: