Kategori Berita Antarabangsa

Sebab seludup anjing, warga Malaysia dipenjara

8 JUN:Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara selama 30 minggu selepas didapati bersalah menyeludup 11 ekor anak anjing secara haram ke negara itu.

Ravichandran Muthusamy, 43, juga dijatuhi hukuman penjara 20 minggu kerana menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada anak-anak anjing itu.

Foto hiasan dua ekor anak anjing..

“Kedua-dua hukuman akan berjalan serentak,” kata Penguasa Agro-Makanan (amp) Veterinar Singapura (AVA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Pada 23 Mac,  sebuah kereta berdaftar di Malaysia yang dipandu oleh Ravichandran, diarah berhenti untuk pemeriksaan lanjut apabila tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Ketika pemeriksaan, para pegawai ICA menjumpai 11 ekor anak anjing disembunyikan dalam tangki minyak yang diubah suai.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 June 2017 11:22 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: