Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pembangkang ingat mereka ada lesen besar: Pandikar

29 MAC: Tindakan Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang yang berdegil enggan keluar dewan adalah pertama kali berlaku dalam sejarah Parlimen.

Menurut Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, in kerana Kit Siang dan ahli parlimen pembangkang lain merasakan yang mereka mempunyai lesen besar sekaligus membolehkan untuk membuat apa sahaja yang mereka suka.

Berikutan itu, Pandikar berpendirian untuk tidak mempedulikan anggota parlimen veteran tersebut dengan berpura-pura tidak Nampak Kit Siang yang sedang digantung enam bulan mengadiri Dewan.

Yang di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia

“Saya sudah pun beri arahan kelmarin, kalau ahli parlimen di Malaysia ini beretika, (mereka sepatutnya) malulah sikit.

“Jadi saya kata, okay bila dia duduk saya tak nampak kerana kalau saya nampak, dia boleh sertai (sidang Dewan Rakyat).

“Ini kes pertama (diarah keluar, tapi tak buat demikian). Kalau ada Yang Berhormat yang degil, bila saya arah polis untuk angkat apa faedah?

“Mereka inikan terlampau berani, punya lesen besar. Tak apalah tak ikut kata Speaker, pembangkang ada lesen, apa pun boleh buat kerana merekakan mewakili rakyat.

“Oleh kerana pembangkang itu ada lesen besar, semua orang salah, mereka sahaja yang betul jadi tak apalah,” kata Pandikar sinis ketika diajukan soalan mengenai status sebenar Kit Siang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan buku ‘Mahdzir khalid : Semua Kita Serupa’ di Parlimen, Khamis.

Yang di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bercakap kepada media selepas pelancaran Buku “MAHDZIR KHALID: SEMUA KITA SERUPA/WE ARE ALL THE SAME” di Parlimen. Turut hadir Datuk Seri Mahdzir Khalid merangkap Menteri Pendidikan

Tambah Pandikar lagi, seharusnya Kit Siang juga sebagai ahli parlimen senior berbanding yang lain perlu malu dan lebih beretika dengan apa yang telah diputuskan oleh majlis.

“Kalau mereka enggan dengar keputusan Speaker, tak apa, saya akan buat-buat tak nampak dia, bukan saya yang perlekeh.

“Kalau ahli Yang Berhormat beretika dan pandai, malulah sikit, jadi saya kata ini mesyuarat kamu, terpulang kepada mereka, bila saya nampak, dia boleh ‘participate’ dalam debat, kalau saya tak nampak dia, bermakna dia tak boleh ‘participate’ dalam debat, yang mengarah beliau keluar dari dewan adalah majlis, bukan saya,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 March 2018 6:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: