Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sebutan semula kes lima penculik 27 Mac ini

13 FEB : Mahkamah Majistret Klang menetapkan 27 Mac ini untuk sebutan semula kes lima lelaki, termasuk dua remaja bawah umur atas tuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di rumahnya 22 Jan. lalu.

culikMajistret Nor Asma Ahmad menetapkan demikian selepas pertuduhan dibacakan di hadapan kesemua suspek.

Mohammad Norhafizie Abdullah, 18, Mohammad Faiderus Suhaini, 32, Nashamizie Shahidan, 19, dan dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 tahun, mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Melayu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, boleh di hukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan.

Dalam kejadian jam 2.10 pagi, 22 Januari lalu, mangsa diculik sewaktu tidur bersama ibu dan seorang adiknya berusia tiga tahun di rumah mereka di Klang, sebelum dibawa ke sebuah pangsapuri di Batu 3.5, Jalan Pantai, Port Dickson.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 12:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: