Kategori Berita Utama

Sejarah akan bukti Malaysia lakukan usaha terbaik kesan MH370

28 MAC: Walaupun terus berdepan kritik banyak pihak terutama oleh media asing, Malaysia tidak akan berhenti mencari pesawat MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamudddin Hussein berkata sejarah akan membuktikan Malaysia melakukan usaha terbaik berdepan insiden tersebut.

 “Malaysia tidak akan melakukan apa saja yang berbeza tetapi sejarah akan menilai negara ini kerana menunjukkan usaha yang terbaik,” katanya.

HISHAMMUDDIN...ATM sentiasa komited bantu mangsa bencana.

HISHAMMUDDIN…kawasan mencari diperkecilkan

 Katanya, kerajaan sedar jika ada negara yang menarik diri usaha mencari mungkin lebih rumit tanpa keupayaan dan peralatan tertentu.

Bercakap dalam sidang media di PWTC, beliau berkata, selepas tamat tempoh 30 hari, misi mencari mungkin beralih kepada pencarian di dasar laut.

 Menurut Hishammuddin misi mencari bertambah rumit kerana maklumat terbaru percaya pesawat MH370 terbang lebih tinggi berbanding anggaran awal dan lebih banyak maklumat perlu diperhalusi mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP).

Ini bermakna MH370 terbang lebih laju, meningkatkan bahan api dan memendekkan jarak penerbangan walaupun sebelum ini disahkan ianya berakhir di Lautan Hindi.   

 Misi mencari pesawat katanya, masih kekal di bawah penyelarasan Australia dengan kawasan diperkecilkan lagi iaitu di 1,680 kilometer di barat Perth, negara itu.

Hishammuddin berkata,  objek yang dilihat terapung oleh satelit di Lautan Hindi masih belum dikenal pasti.

Beliau turut memaklumkan bahawa  Kabinet hari ini memutuskan pejabat Peguam Negara akan meneliti semua implikasi undang-undang berhubung kejadian MH370 yang hilang itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 March 2014 9:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: