Kategori Ekonomi

Sekatan eksport sawit, Malaysia-Indonesia bincang tindakan

15 NOV: Sebagai dua negara pengeluar minyak sawit utama dunia, Malaysia dan Indonesia memandang serius  sekatan eksport ke negara Kesatuan Eropah (EU).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  berkata beliau dan Presiden Joko Widodo sudah membangkitkan isu itu dalam Sidang Kemuncak ASEAN-EU yang turut dihadiri Presiden EU, Donald Tusk.

“Saya tegaskan bahawa diskriminasi ini akan mengakibatkan kesan buruk kepada industri kelapa sawit.

“Selain itu ia juga menjejaskan punca pendapatan lebih 600,000 pekebun kecil di Malaysia dan 17.5 juta di Indonesia,” katanya di Manila, Selasa.

Tambah beliau, pemimpin EU itu mengambil maklum serta menyatakan akan meneliti perkara berkenaan.

Pada tahun lalu, Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih RM57 bilion kepada pengeluaran minyak sawit global.

Pada April lalu, Parlimen Eropah meluluskan resolusi bahawa hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran EU selepas 2020.

Penghasilan secara lestari adalah tanpa membabitkan aktiviti penebangan hutan untuk pembukaan ladang.

Sementara itu, ditanya jika EU masih berkeras, Najib berkata beliau akan membincangkan dengan Jokowi untuk menentukan tindakan bakal diambil semasa Rundingan Tahunan kedua-dua negara di Kuching pada 22 November depan.

“Jika kita bertindak bersendirian, kesannya tidak banyak.

“Tetapi jika mengambil tindakan bersama, ia akan memberi kesan positif kerana Malaysia dan Indonesia menyumbang 82 peratus minyak sawit dunia,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 15 November 2017 1:17 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]