Kategori Berita Antarabangsa

Sekatan Qatar diteruskan

7 JULAI: Krisis di Teluk membabitkan negara Arab tidak menunjukkan tanda semakin pulih selepas empat negara mengumumkan bahawa sekatan ke atas Qatar diteruskan.

Kelmarin, Menteri Luar Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertemu di Kaherah, selepas tarikh akhir senarai tuntutan yang dikemukakan kepada Doha tamat tempoh.

Keempat-empat negara itu memberi isyarat bahawa Qatar boleh diusir dari Majlis Kerjasama Teluk selain akan terus mengekalkan sekatan ke atas pelabuhan dan ruang udara.

“Apa yang kami lakukan ini bukan kerana mahu menyakiti Qatar, tetapi mahu membantu mereka,” menurut Menteri Luar  Arab Saudi, Adel Ahmed al-Jubeir.

Sementara itu, Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani mendakwa tindakan beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha serta menutup sempadan, menunjukkan mereka ingin mewujudkan sentimen anti-Qatar di Barat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 July 2017 11:20 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: