Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sekolah dibenar mohon cuti sehari sebelum 9 Mei

15 APRIL: Kementerian Pendididkan membenarkan sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mengambil cuti berganti sehari sebelum hari pengundian.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mengikut surat pekeliling bagi persediaan menghadapi PRU, pengetua atau guru besar dibolehkan memohon cuti berganti melalui pengarah pendidikan negeri masing-masing.

“Bagaimanapun ia hanya terhad kepada sekolah yang digunakan sebagai pusat pengundian manakala cuti berganti tidak boleh diambil selepas hari pengundian,” katanya di Kuala Nerang hari ini.

Mahdzir mengulas permintaan Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (NUTP) yang meminta kementerian membenarkan sekolah mengambil cuti berganti bersempena PRU14 selepas hari pengundian.

Sebanyak 6,971 sekolah di seluruh negara akan digunakan sebagai pusat pengundian pada 9 Mei depan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 8:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: